Rekod Kelab JDT
SEJARAH DEMI SEJARAH
DICIPTA UNTUK JOHOR DARUL TA'ZIM
Apabila saya katakan berkenaan Kelab Bolasepak Johor Darul
Ta'zim (JDT) sudah 50 langkah ke hadapan berbanding pasukan lawan kami sebelum
ini, ramai pihak yang menyindir, mengutuk dan memperlekehkan kenyataan saya.
Kami kini telah menjadi rakan
kongsi dengan satu syarikat antarabangsa dan juga telah meletakkan JDT dalam
salah satu kelab yang berada di bawah tajaan syarikat besar antarabangsa yang
industrinya berbilion dolars. Antara nama-nama kelab bolasepak terkenal di
seluruh dunia yang ada perhubungan dengan syarikat ini akan kami kongsikan
setelah kami menandatangani perjanjian ini.
Setiap tahun pada masa akan datang, kami akan mengadakan
perlawanan pra-musim dengan kelab-kelab ternama dunia di stadium baru kami.
Apabila menjelangnya jendela perpindahan pertengahan musim iaitu pada bulan Jun
setiap tahun, kami juga akan mengadakan perlawanan persahabatan bertaraf
antarabangsa di mana penyokong-penyokong boleh menikmati dan melihat perlawanan
membabitkan pasukan-pasukan terbesar dalam dunia serta pemain-pemain bertaraf
dunia di hadapan mata anda sendiri.
Alhamdulillah syukur, saya juga telah meletakkan JDT di
suatu tahap dimana kami tidak lagi akan menggunakan wang kami untuk membeli
mana-mana pemain luar negara kami. JDT akan mempunyai perhubungan di mana kami
boleh sentiasa pinjam-meminjam dengan kelab-kelab yang menjalinkan kerjasama
dengan kami. Oleh itu, saya berasa amat teruja, berbesar hati dan bersyukur
serta bangga di mana JDT sedang berada kini. Apabila pernah saya katakan dan
ilhamkan sehingga menjadi bahan caci dan hinaan orang, telah ALLAH SWT
tunjukkan kepada anda di mana Kelab Bolasepak JDT.
Alhamdulillah dan syukur sekali lagi saya kepada ALLAH SWT
kerana kami akan lebih memperkukuhkan lagi kewangan kelab JDT dan ia akan
dibarisi oleh syarikat-syarikat antarabangsa yang lebih besar. Terima kasih
kepada penyokong JDT di seluruh dunia, kepada Bangsa Johor dan orang-orang di
negeri-negeri lain yang sentiasa menyokong kelab JDT ini. Terima kasih atas
sokongan anda selama ini. 'Enjoy The Game'.
Apabila JDT menentang Kelantan di Stadium Larkin nanti, kami
akan membuat satu sambutan yang simbolik buat seluruh penyokong JDT. Kami akan
mengadakan satu Majlis Menandatangani Perjanjian untuk memperkenalkan duta
kelab JDT dan duta Akademi JDT kepada para penyokong. Ia adalah satu langkah
untuk meletakkan Johor di mata dunia. Sejarah demi sejarah dicipta untuk Johor
Darul Ta'zim.
Saya baru berusia 33 tahun.
"33rd Degree, 33 Years Old, The Prophecy Has
Begun"
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku
Mahkota Johorrantau ini pada
masa ini.
PENCAPAIAN CEMERLANG JDT
PENCAPAIAN JDT
SEPANJANG MUSIM LIGA SUPER MALAYSIA 2013 HINGGA 2016
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) telah menampilkan pencapaian yang begitu
konsisten dalam saingan Liga Super Malaysia dari musim 2013 hingga ke musim
2016. Bermula sekadar menamatkan musim di tempat ketiga pada tahun 2013 dengan
40 mata, JDT meningkatkan penguasaan dengan menjuarai liga selama tiga tahun
berturut-turut selepas itu. Pada tahun 2014, JDT mencatatkan 44 mata dan pada
tahun 2015 pula dengan 46 mata manakala tahun 2016 dengan mata yang lebih jauh
daripada pesaing terdekat iaitu 58 mata. Semoga pencapaian JDT pada masa akan
datang diteruskan lagi demi pembangunan berterusan bola sepak negeri Johor.
Luaskan Kuasamu Johor!!!.
REKOD JDT

- · 1988 Menjuarai Piala Sultan Johor dan layak bertanding dalam Piala FAM
- · 1994 Juara Piala FAM
- · 1995 Juara Piala FAM

⚽ 1996 Naib Juara PIALA FAM
⚽ 1997 Juara Liga Perdana 2, Kelab pertama yang bermain
dalam Liga Perdana
⚽ 1998 Tempat ke 5 dalam Liga Perdana 2 , Layak ke pusingan kedua
Piala FA
⚽ 1999 Tempat ke 3 Liga Perdana 2 , Pusingan pertama PIALA FA
⚽ 2000 Tempat ke 3 dalam Liga Perdana 2, Pusingan pertama Piala
FA, Pasukan kelab pertama layak ke suku akhir Piala Malaysia
⚽ 2001 Juara Perdana 2 dan dinaikkan ke Liga Perdana 1, Layak ke
suku akhir Piala FA
⚽ 2002 Menduduki tempat ke 6 dalam Liga Perdana 1, Layak ke
pusingan kedua Piala FA
⚽ 2003 Menduduki tempat ke 7 dalam Liga Perdana 1, Layak ke suku
akhir Piala FA dan Piala Malaysia
⚽ 2004 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kump A,
Menduduki tempat ke 4 Kumpulan D Piala Malaysia, Layak ke suku akhir *Piala FA
⚽ 2005 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan
B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan C Piala Malaysia
⚽ 2005/06 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Perdana Kumpulan
B, Pusingan pertama Piala FA dan menduduki tempat ke 4 kumpulan B Piala
Malaysia. Layak ke Liga Super 2006/07
⚽ 2008 Menduduki tempat ke 4 dalam Liga Super dan layak ke separuh
akhir Piala Malaysia.

Era Johor Darul Ta'zim F. C.
⚽ 2013 Menduduki tempat ke 3 dalam Liga Super serta mara
ke perlawanan akhir Piala FA namun ditewaskan pasukan Kelantan 1-0
⚽ 2014 Menjuarai Liga Super Malaysia 2014 dan separuh
akhir Piala FA
⚽ 2014 Naib juara Piala Malaysia 2014 setelah tewas
kepada Pahang melalui sepakan penalti.
⚽ 2015 Juara Piala Sumbangsih 2015 setelah
menewaskan Pahang 2-0.
⚽ 2015 Menjuarai Liga Super Malaysia 2015
⚽ 2015 Menjadi pasukan pertama di Asia Tenggara layak ke peringkat
akhir Piala AFC.
⚽ 2015 Menjadi pasukan pertama dari Asia Tenggara yang
menjuarai Piala AFC.
⚽ 2016 Menjuarai Piala Sumbangsih 2016 setelah
menewaskan Selangor.
⚽ 2016 Menjuarai Piala FA Malaysia
⚽ 2016 Menjuarai Liga Super Malaysia 2016
⚽ 2017 Naib Juara Piala Sumbangsih 2017 setelah
ditewaskan oleh Kedah dengan jaringan penalti 5-4 setelah terikat
1-1.
⚽ 2017 Menjadi pasukan pertama dari Malaysia mara ke saingan playoff pusingan
ketiga Liga Juara-juara AFC walaupun ditewaskan 0-3 dengan kelab
gergasi Jepun,Gamba Osaka
⚽ 2017 Separuh Akhir - Zon Asia Timur. Ditewaskan oleh Ceres
Negros FC dengan agregat 4-4 mengikut peraturan kelebihan gol di tempat
lawan.
⚽ 2017 Juara Liga Super Malaysia buat kali ke-4 berturut-turut dan
Piala Malaysia buat kali pertama.
No comments:
Post a Comment